Pages

Friday, September 30, 2011

"10 AMALAN YANG TERBALIK"


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah dimana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin)orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah.Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid,pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju.Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu,sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah,sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa.Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya.Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi
peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini,rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak,bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW:

"Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."

(Riwayat Bukhari) 

Wednesday, September 28, 2011

Ginseng Rawatan Rambut

Ginseng Rawatan Rambut RM75


Rawatan rambut ginseng menjadikan kulit kepala dan struktur rambut lebih nutrisi bagi menyekat keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru.

Kebaikan


  1. Menyekat keguguran rambut
  2. Menggalakkan pertumbuhan akar rambut
  3. Melebatkan rambut
  4. Menyihatkan kulit kepala
  5. Memelihara struktur rambut sentiasa sihat dan segar
  6. Mencegah masalah rambut gatal dan kudis-kudis kulit kepala
Cara Penggunaan Serum Rawatan Rambut
  1. Dimulakan dengan bacaan Bismillahirrahmanirrahim dan niat untuk memohon bantuan dan berkat daripada Allah s.w.t kerana Dia yang berkuasa memberikan suatu penyakit dan penawar.
  2. Membaca selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w 3 kali atau lebih. Digalakkan dengan bilangan ganjil.
  3. Urut perlahan-lahan selama beberapa minit agar berlaku proses penyerapan dalam kulit kepala dan rambut.
  4. Bilas rambut dan keringkan dengan baik.
  5. Amalkan setiap hari pagi dan malam.
Bahan-bahan

  1. Ekstrak Ginseng
  2. Aloe vera
  3. Sodium Lactate
  4. Argan Oil
  5. Jojoba Oil
  6. Deionised Water

Testimoni Pengguna


Minggu Pertama

Minggu Kedua

minggu ketiga (Rambut semakin lebat)


p/s- produk herba ini terbukti berkesan, hasil pemerhatian Kami terhadap pelanggan dalam masa sebulan. Pun begitu semuanya adalah dengan izin dari Allah S.W.T, kerana tiada produk yang ajaib untuk menyembuhkan sebarang penyakit melainkan atas izin Nya, insyaAllah.




Produk Kami mendapat liputan meluas akhbar!!!




Syampo Herba "Hair Re-Born"

Syampo Herba RM35.00





Syampo Herba- "Hair Re-Born"


Syampo Herba- "Hair Re-Born" dicipta dari ekstrak herba terbaik seperti limau purut, buah mengkudu, serai wangi, bunga raya putih dan lidah buaya. Campuran enzim buah-buahan yang menghasilkan mikro-organisma penting pada rambut menjadikan kesan yang baik pada rambut yang bermasalah seperti gugur, gatal, kusut, berkelumumur, rambut pecah dan sebagainya. Ia membantu  dan menguatkan struktur rambut disamping mengurangkan panas kepala dan melegakan strees, insyaAllah.

Cara Penggunaan Serum Rawatan Rambut
  1. Dimulakan dengan bacaan Bismillahirrahmanirrahim dan niat untuk memohon bantuan dan berkat daripada Allah s.w.t kerana Dia yang berkuasa memberikan suatu penyakit dan penawar.
  2. Membaca selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w 3 kali atau lebih. Digalakkan dengan bilangan ganjil.
  3. Urut perlahan-lahan selama beberapa minit agar berlaku proses penyerapan dalam kulit kepala dan rambut.
  4. Bilas rambut dan keringkan dengan baik.
  5. Teruskan dengan penggunaan serum rambut atau krim rambut herba dan urut selama 5 minit, insyaAllah.
Bahan-Bahan Syampo Herba

  1. Minyak kelapa dara
  2. Minyak jojoba
  3. Ekstrak aloe vera
  4. Enzim buah-buahan
  5. Ekstrak serai wangi
  6. Lanolin
  7. Carbomer
  8. Monostearate
  9. panthenol
p/s- sila berhati-hati dengan penggunaan syampo yang mengandungi bahan Sodium Chloride 
kerana ia boleh merosakkan rambut dan mengakibatkan keguguran. wallahua'lam


produk herba ini terbukti berkesan, hasil pemerhatian Kami terhadap pelanggan dalam masa sebulan. Pun begitu semuanya adalah dengan izin dari Allah S.W.T, kerana tiada produk yang ajaib untuk menyembuhkan sebarang penyakit melainkan atas izin Nya, insyaAllah.



Produk kami mendapat liputan meluas akhbar!!!


Tuesday, September 27, 2011

Serum Rawatan Rambut

Serum Rawatan Rambut RM35.00


Apakah Serum Rawatan Rambut

Serum merupakan sejenis aqua yang amat mujarab dan berkesan untuk merawat masalah rambut gugur, kulit kepala yang gatal, kelumumur botak dan uban. Serum ini diproses tanpa menggunakan bahan api, haba dan kimia seperti produk kesihatan yang lain. Ia juga tidak berminyak dan mempunyai haruman limau purut. Molekul-molekulnya yang halus akan menyerap terus ke bahagian kulit kepala sehingga ke akar rambut. Ia turu berfungsi sebagai baja rambut yang suci, bersih halal sekaligus boleh dibawa solat bagi pengguna beragama Islam. 

Bahan-Bahan Serum Rawatan Rambut
  1. Minyak Kelapa Dara
  2. Pati Limau Purut
  3. Buah Keras
  4. Bunga Raya Putih
  5. Daun Selisih
  6. Herba-herba
  7. Tumbuhan hijau yang lainnya

Cara Penggunaan Serum Rawatan Rambut
  1. Dimulakan dengan bacaan Bismillahirrahmanirrahim” dan niat untuk memohon bantuan dan berkat daripada Allah s.w.t kerana Dia yang berkuasa memberikan suatu penyakit dan penawar.
  2. Membaca selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w 3 kali atau lebih. Digalakkan dengan bilangan ganjil.
  3. Pastikan kulit kepala bersih dan benar-benar kering sebelum menyapukan serum.
  4. Letakkan serum ditapak tangan kemudian ratakan mengikut arah lawan jam.
  5. Sapukan dengan rata pada seluruh kulit kepala dan rambut, elakkan daripada sapu sekadar di bahagian rambut sahaja kerana khuatir tidak meresap ke kulit kepala.
  6. Amalkan pada waktu pagi dan malam
  7. Gunakan setiap hari, insyaAllah akan membantu menyembuhkan masalah rambut anda.
Kelebihan Serum Rawatan Rambut

  1. Menumbuhkan rambut yang baru
  2. Menghidupkan sel-sel akar rambut
  3. Struktur rambut menjadi lembut, sihat dan tidak pecah
  4. Menyelesaikan masalah gatal, kelemumur dan kudis
  5. Merapi rambut yang kusut
  6. Menghilangkan sakit kepala, migrain dan stress
  7. Menjadikan kulit kepada sihat dan bersih
  8. Mengurangkan demam panas
  9. Mengurangkan lesu dan tidak bermaya
Testimoni Pengguna

Kudis kepala

Minggu Pertama

Minggu Kedua

Minggu Ketiga

Minggu keempat (alhamdulillah, kudis hilang dan rambut tumbuh dengan baik)



p/s-produk herba ini terbukti berkesan, hasil pemerhatian Kami terhadap pelanggan dalam masa sebulan. Pun begitu semuanya adalah dengan izin dari Allah S.W.T, kerana tiada produk yang ajaib untuk menyembuhkan sebarang penyakit melainkan atas izin Nya, insyaAllah.

Produk Kami Mendapat Liputan Meluas sidang akhbar


Sunday, September 25, 2011

Mari Mengenal Herba



Herba adalah tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan dan baunya.
Herba digunakan secara meluas dalam masakan, perubatan dan kecantikan. Ia juga dikaitkan dengan rawatan akibat gangguan makhluk halus.
Bahagian hijau tumbuhan herba (daunnya) digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang. Namun, perubatan herba lebih banyak menggunakan akar, bunga, kulit pokok dan bahagain lain tumbuhan herba. Pokok yang digunakan dalam perubatan herba boleh terdiri daripada pokok herba atau pokok renek. Mana-mana bahagian pokok herba, termasuk buah, boleh digolongkan sebagai herba.
Herba: Pokok tongkat ali
Pokok Tongkat Ali

Kini hampir setiap orang menggunakan herba. Ia mungkin dalam bentuk produk siap berasaskan herba, rempah ratus atau makanan harian. Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang sedang digunakan atau dimakan, turut mengandungi bahan herba.
Walaupun herba memang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan, ia juga boleh memudaratkan jika diproses atau digunakan secara salah. Contohnya, herba A disahkan bermanfaat untuk merawat penyakit tertentu, tetapi herba sama boleh memudaratkan jika diambil pada dos tinggi. Dalam konteks ini, herba sepatutnya diproses dan digunakan berdasarkan standard penggunaan yang tinggi dan tepat.
Pokok Sirih Air

Pokok herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Biasanya, pokok herba mempunyai batang lembut dan mengandungi banyak air. Pokok herba telah lama digunakan orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga.
Banyak pokok herba juga telah digunakan oleh orang Melayu sebagai ulam untuk dimakan bersama nasi.
Terdapat juga pokok herba yang tidak dimakan secara langsung, tetapi digunakan sebagai bahan untuk menghasilkan minyak atau dipuput (hancurkan dengan lumat seperti krim) sebelum diletakkan di bahagian yang sakit.
Pokok herba: Pokok susu kambing
Pokok Susu Kambing
Kini hampir setiap orang menggunakan herba. Ia mungkin dalam bentuk produk siap berasaskan herba, rempah ratus atau makanan harian. Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang sedang digunakan atau dimakan, turut mengandungi bahan herba.
Walaupun herba memang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan, ia juga boleh memudaratkan jika diproses atau digunakan secara salah. Contohnya, herba A disahkan bermanfaat untuk merawat penyakit tertentu, tetapi herba sama boleh memudaratkan jika diambil pada dos tinggi. Dalam konteks ini, herba sepatutnya diproses dan digunakan berdasarkan standard penggunaan yang tinggi dan tepat.

Saturday, September 24, 2011

Salam Pembukaan Dan Kata Aluan


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Segala puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam kehadap junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W. Kesihatan adalah satu isu yang penting dan individu yang sihat boleh memainkan peranan yang efektif dalam pembangunan masyarakat dan negara. Herba adalah tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan dan baunya. Herba digunakan secara meluas dalam masakan, perubatan dan kecantikan. Ia juga dikaitkan dengan rawatan akibat gangguan makhluk halus.

Bahagian hijau tumbuhan herba (daunnya) digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang. Namun, perubatan herba lebih banyak menggunakan akar, bunga, kulit pokok dan bahagain lain tumbuhan herba. Pokok yang digunakan dalam perubatan herba boleh terdiri daripada pokok herba atau pokok renek. Mana-mana bahagian pokok herba, termasuk buah, boleh digolongkan sebagai herba.
Kini hampir setiap orang menggunakan herba. Ia mungkin dalam bentuk produk siap berasaskan herba, rempah ratus atau makanan harian. Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang sedang digunakan atau dimakan, turut mengandungi bahan herba.
Walaupun herba memang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan, ia juga boleh memudaratkan jika diproses atau digunakan secara salah. Contohnya, herba A disahkan bermanfaat untuk merawat penyakit tertentu, tetapi herba sama boleh memudaratkan jika diambil pada dos tinggi. Dalam konteks ini, herba sepatutnya diproses dan digunakan berdasarkan standard penggunaan yang tinggi dan tepat.
Dengan adanya laman ini, kami berharap dapat membantu menyelesaikan masalah kesihatan dengan menggunakan produk herba berlandaskan syariat Islam, dengan izin Allah, insyaAllah. 

Produk Kami Diiktiraf

Produk Kami Diiktiraf
liputan khas dari Kosmo